Cetak Hadith Cetak Hadith

Bab Iman Berkurangan Jika Melakukan Maksiat Dan Tidak Sempurna Iman Seseorang Yang Sentiasa Melakukan Maksiat

December 16th, 2009

Bab Iman Berkurangan Jika Melakukan Maksiat Dan Tidak Sempurna Iman Seseorang Yang Sentiasa Melakukan Maksiat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Orang Yang Dizalimi Dan dicerobohi (Hadith no. 2295)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 86)
  • Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2549)
  • Nasaie – Kitab Memotong Tangan Pencuri (Hadith no. 4787, 4788 & 4789) dan Kitab Minuman (Hadith no. 5565 & 5566)
  • Abu Daud – Kitab Sunnah (Hadith no. 4069)
  • Ibnu Majah – Kitab Fitnah (Hadith no. 3926)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 317, 376, 386 & 479)
  • Ad-Darimi – Kitab Minuman (Hadith no. 2014)