Cetak Hadith Cetak Hadith

Bab Kelebihan Golongan Yang Beriman Dan Keunggulan Penduduk Yaman

December 16th, 2009

Bab Kelebihan Golongan Yang Beriman Dan Keunggulan Penduduk Yaman

Terdapat 2 hadith yang berkenaan dengan perkara ini ;

1) Diriwayatkan daripada Abi Mas’ud Uqbah bin Amru r.a katanya :

Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi’ah dan Bani Mudhar.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Permulaan Kejadian (Hadith no. 3057), Kitab Sifat-sifat Terpuji (Hadith no. 3237), Kitab Maghazi (Hadith no. 4036) & Kitab Talak (Hadith no. 4891)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 72)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 4 (Muka Surat 118) & Kitab Juzuk 5 (Muka Surat 273)

2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fiqh juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmah juga ada pada orang Yaman.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Permulaan Kejadian (Hadith no. 3056)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 73)
  • Tirmizi – Kitab Fitnah (Hadith no. 2169)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 252, 258, 267, 269, 277, 319, 372, 380, 407, 425, 457, 474, 480, 484, 488, 502 & 541)
  • Malik – Kitab Meminta Izin (Hadith no. 1532)