Cetak Hadith Cetak Hadith

Bab Keterangan Terhadap Pembahagian Iman, Yang Paling Tinggi Dan Paling Rendah Kedudukannya, Kelebihan Malu – Merupakan Sebahagian Daripada Iman

December 16th, 2009

Bab Keterangan Terhadap Pembahagian Iman, Yang Paling Tinggi Dan Paling Rendah Kedudukannya, Kelebihan Malu – Merupakan Sebahagian Daripada Iman

Terdapat 3 hadith yang berkenaan dengan bab ini ;

1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :

Rasulullah s.a.w bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Iman (Hadith no. 8)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 50)
  • Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2539)
  • Nasaie – Kitab Iman Dan Syariat-syariatnya (Hadith no. 4918, 4919 & 4920)
  • Abu Daud – Kitab Sunnah (Hadith no. 4056)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 56)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 379, 414 & 442)

2) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya :

Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian dari iman.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Iman (Hadith no. 23) & Kitab Etika (Hadith no. 5653)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 52)
  • Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2540)
  • Nasaie – Kitab Iman Dan Syariat-syariatnya (Hadith no. 4947)
  • Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4162)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 57)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 9, 56 & 147)
  • Malik – Kitab Berakhlak Mulia (Hadith no. 1407)

3) Diriwayatkan daripada Imran bin Husaini r.a katanya :

Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Etika (Hadith no. 5652)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 53)
  • Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4163)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 4 (Muka Surat 426, 427, 436, 440, 442, 445 & 446)