Bab Tabiat Orang Munafik
December 16th, 2009Bab Tabiat Orang Munafik
Terdapat 2 hadith yang berkenaan dengan perkara ini ;
1) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a katanya :
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia khianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.
Riwayat :
- Bukhari – Kitab Iman (Hadith no. 33)
- Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 88)
- Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2556)
- Nasaie – Kitab Iman Dan Syariat-syariatnya (Hadith no. 4934)
- Abu Daud – Kitab Sunnah (Hadith no. 4068)
- Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 189, 198 & 200)
2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.
Riwayat :
- Bukhari – Kitab Iman (Hadith no. 32)
- Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 89)
- Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2555)
- Nasaie – Kitab Iman Dan Syariat-syariatnya (Hadith no. 4935)
- Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 357, 397 & 536)

Leave a Reply