Category: 1. Pendahuluan

Pendustaan Terhadap Rasulullah Adalah Tidak Sama Dengan Pendustaan Yang Dilakukan Terhadap Seseorang

December 15th, 2009

Bab Pendustaan Terhadap Rasulullah Adalah Tidak Sama Dengan Pendustaan Yang Dilakukan Terhadap Seseorang

Diriwayatkan daripada al-Mughirah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya pendustaan terhadapku adalah tidak sama dengan pendustaan yang dilakukan terhadap seseorang kerana orang yang sengaja mendustakanku akan disediakan baginya azab dari api Neraka.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Jenazah (Hadith no. 1209)
  • Muslim – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 5)
  • Tirmizi – Kitab Jenazah (Hadith no. 921)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 4 (Muka Surat 245 & 252)

Sesiapa Yang Sengaja Mendustakan Rasulullah, Maka Bersedialah Untuk Menerima Azab Api Neraka

December 15th, 2009

Bab Sesiapa Yang Sengaja Mendustakan Rasulullah, Maka Bersedialah Untuk Menerima Azab Api Neraka

Terdapat 2 hadith dalam bab ini iaitu;

1) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya aku dilarang meriwayatkan Hadith kepadamu terlalu banyak kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang sengaja mendustakan aku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Ilmu (Hadith no. 105)
  • Muslim – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 3)
  • Tirmizi – Kitab Ilmu (Hadith No. 2585)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 32)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 98, 113, 116, 166, 172, 176, 203, 209, 223, 278, 279 & 280)
  • Ad-Darimi – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 237, 238 & 240)

2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang sengaja mendustakan aku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Ilmu (Hadith no. 107)
  • Muslim – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 4)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 34)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 365, 410, 413, 469, 501, 519 & 321) dan Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 12)