Cetak Hadith Cetak Hadith

Sesiapa Yang Sengaja Mendustakan Rasulullah, Maka Bersedialah Untuk Menerima Azab Api Neraka

December 15th, 2009

Bab Sesiapa Yang Sengaja Mendustakan Rasulullah, Maka Bersedialah Untuk Menerima Azab Api Neraka

Terdapat 2 hadith dalam bab ini iaitu;

1) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya aku dilarang meriwayatkan Hadith kepadamu terlalu banyak kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang sengaja mendustakan aku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Ilmu (Hadith no. 105)
  • Muslim – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 3)
  • Tirmizi – Kitab Ilmu (Hadith No. 2585)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 32)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 98, 113, 116, 166, 172, 176, 203, 209, 223, 278, 279 & 280)
  • Ad-Darimi – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 237, 238 & 240)

2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang sengaja mendustakan aku, maka bersedialah untuk menerima azab api Neraka.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Ilmu (Hadith no. 107)
  • Muslim – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 4)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 34)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 365, 410, 413, 469, 501, 519 & 321) dan Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 12)