Tag: Kitab Fitnah

Iman Seseorang Berkurangan Kerana Berkurangnya Ketaatan Iaitu Ibadat Dan Keterangan Terhadap Penggunaan Lafaz Kufur Kepada Perkara Lain Selain Dari Kufur Kepada Allah, Seperti Kufur Kepada Nikmat Dan Hak-hak Iaitu Kewajipan

December 21st, 2009

Iman Seseorang Berkurangan Kerana Berkurangnya Ketaatan Iaitu Ibadat Dan Keterangan Terhadap Penggunaan Lafaz Kufur Kepada Perkara Lain Selain Dari Kufur Kepada Allah, Seperti Kufur Kepada Nikmat Dan Hak-hak Iaitu Kewajipan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Haid (Hadith no. 293) & Kitab Zakat (Hadith no. 1369)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 114)
  • Nasaie – Kitab Sembahyang Sunat Dua Hari Raya (Hadith no. 1558 & 1561)
  • Abu Daud – Kitab Sunnah (Hadith no. 4059)
  • Ibnu Majah – Kitab Penempatan (Hadith no. 1278) & Kitab Fitnah (Hadith no. 3993)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 66) & Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 36, 42 & 54)

Bab Keterangan Makna Sabda Nabi s.a.w: Janganlah Kamu Kembali Menjadi Kafir Setelah Kewafatanku Dengan Memukul-mukul Leher Antara Satu Sama Lain Di Kalangan Kamu

December 17th, 2009

Bab Keterangan Makna Sabda Nabi s.a.w: Janganlah Kamu Kembali Menjadi Kafir Setelah Kewafatanku Dengan Memukul-mukul Leher Antara Satu Sama Lain Di Kalangan Kamu

Diriwayatkan daripada Jarir r.a katanya:

Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wida’ supaya menyuruh orang ramai diam.

Setelah orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir setelah peninggalan ku dengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Ilmu (Hadith no. 118) Kitab Haji (Hadith no. 1626)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 98)
  • Nasaie – Kitab Pengharaman Darah (Hadith no. 4056, 4057, 4058, 4062 & 4063)
  • Ibnu Majah – Kitab Fitnah (Hadith no. 3932 & 3933)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 85, 87 & 104) Dan Kitab Juzuk 4 (Muka Surat (358, 363 & 366)
  • Ad-Darimi – Kitab Ibadat (Hadith no. 1840)