Tag: Kitab Zakat

Iman Seseorang Berkurangan Kerana Berkurangnya Ketaatan Iaitu Ibadat Dan Keterangan Terhadap Penggunaan Lafaz Kufur Kepada Perkara Lain Selain Dari Kufur Kepada Allah, Seperti Kufur Kepada Nikmat Dan Hak-hak Iaitu Kewajipan

December 21st, 2009

Iman Seseorang Berkurangan Kerana Berkurangnya Ketaatan Iaitu Ibadat Dan Keterangan Terhadap Penggunaan Lafaz Kufur Kepada Perkara Lain Selain Dari Kufur Kepada Allah, Seperti Kufur Kepada Nikmat Dan Hak-hak Iaitu Kewajipan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Haid (Hadith no. 293) & Kitab Zakat (Hadith no. 1369)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 114)
  • Nasaie – Kitab Sembahyang Sunat Dua Hari Raya (Hadith no. 1558 & 1561)
  • Abu Daud – Kitab Sunnah (Hadith no. 4059)
  • Ibnu Majah – Kitab Penempatan (Hadith no. 1278) & Kitab Fitnah (Hadith no. 3993)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 66) & Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 36, 42 & 54)

Bab Perintah Memerangi Manusia Sehingga Mereka Mengucap Dua Kalimah Syahadat, Mendirikan Sembahyang, Mengeluarkan Zakat Serta Mempercayai Apa Yang Dibawa Oleh Nabi s.a.w.

December 15th, 2009

Bab Perintah Memerangi Manusia Sehingga Mereka Mengucap Dua Kalimah Syahadat, Mendirikan Sembahyang, Mengeluarkan Zakat Serta Mempercayai Apa Yang Dibawa Oleh Nabi s.a.w.

Terdapat 3 hadith yang berkaitan dengan bab ini;

1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Saidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir.

Saidina Umar r.a bertanya Saidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andaikata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Zakat (Hadith no. 1312 & 1364) Kitab Jihad Dan Strateginya (Hadith no. 2727) Kitab Meminta Orang Murtad Supaya Bertaubat (Hadith no. 6413) & Kitab Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah (Hadith no. 6741)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 29)
  • Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2531 & 2532)
  • Nasaie – Kitab Zakat (Hadith no. 2400) Kitab Jihad (Hadith no. 3039, 3040, 3041, 3042, 3043 & 3044) & Kitab Pengharaman Darah (Hadith no. 3906, 3907, 3908, 3909, 3910, 3911, 3912, 3913, 3914 & 3915)
  • Abu Daud – Kitab Zakat (Hadith no. 1331) & Kitab Jihad (Hadith no. 2270)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 70) & Kitab Doa (Hadith no. 3917)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 1 (Muka Surat 11, 19, 35 & 47) dan Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 314, 345, 384, 423, 439, 475, 482, 502, 527 & 528)

2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Jihad Dan Strateginya (Hadith no. 2727)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 30)
  • Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2531)
  • Nasaie – Kitab Jihad (Hadith no. 3039 & 3044) & Kitab Pengharaman Darah (Hadith no. 3908, 3909, 3911, 3913, 3914 & 3915)
  • Abu Daud – Kitab Jihad (Hadith no. 2270)
  • Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 70) & Kitab Fitnah (Hadith no. 3917 & 3918)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 1 (Muka Surat 11), Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 377, 423, 502 & 528) & Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 300, 332, 339 & 394)

3) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat iaitu: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ mendirikan sembahyang serta mengeluar zakat. Sesiapa yang melakukannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali dibenarkan oleh syariat Islam dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya.

Riwayat :

  • Bukhari – Kitab Iman (Hadith no. 24)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 33)